Thursday, April 23, 2009

pentingnya kerjaya dan bekerja

kisahku
satu pagi yg agak dingin, diriku masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidakbeberapa lama kemudian, pesananku datang. Saat hendak menikmati makananku, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih padanya,

adik itu:"kak, mahu beli kuih?"
Dengan ramah ku menjawab "Tidak, saya sedang makan".
Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya,

"kak, mahu beli kuih, ?"
lalu ku menjawab, "Tidakdik, sayasudah kenyang."

Lalu, membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makantersebut.
Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti.
Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anakitu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahukuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya."
Apa yang dilakukanolehanak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yangserba sederhana ini.Saat diriku keluar, anak kecil penjaja kuih itu menawarkankuih dagangannya untuk yang ketiga kali,

"kak mahu beli kuih saya?".
Kaliini diriku merasa risih untuk menolak. Kemudian, mengeluarkan wangRM 10 dari dompetku dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah.

Kataku, "Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja inisedekah dari saya buat adik."
Anak kecil itu menerima wang pemberiaku lalu memberikannya kepadaseorang pengemis yang sedang meminta minta.
Betapa terkejutnya aku ketika itu.
"Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain?". Kataku,

"Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapatidakkau ambil saja ?"

Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah berjanji samaibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dansaya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjualhabis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibusaya tidak suka saya menjadi pengemis".

aku sgt kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuihyang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa

"kerja adalah sebuah kehormatan".

Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasilmenjajakan kuih. Dan, adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadipengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunyatersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balasdengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.

Akhir cerita, aku memborong semua kuih yang dijajakan anak kecilitu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar

tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.Semoga cerita di atas bisa menyedarkan kita tentang erti pentingnya kerja.Bukan sekadar untuk wang semata. Jangan sampai mata kita menjadi"hijau"kerana wang sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaan kerjaya yangkita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan sungguhsungguh, pastilah akan bererti besar.



sisipan dari sorng kawan
kerja untuk idup or idup untuk kerja...tafsirlah sendiri...tepuk dada tny iman

3 comments:

paCat said...

Ohh ~ sedih cerita ini

alwaysbemybaby said...

sangat terharu...

gen2purpink said...

huhuhu...xyah sedih2..lyn je zazz