Tuesday, May 19, 2009

bulan..jgn percaya..juz baca je

Hubungan Kasih Sayang & Cinta Seseorang Mengikut Bulan Kelahiran

Januari ------------------- -
Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan - Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati - Sukar setia pada yang satu. - Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya - Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya. - Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya. - Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya. - Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang. - Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3,6,8,11. - Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.
Februari ------------ -
Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan. - Amat hormat kepada pasangan. - Amat suka memikat pasangan. - Jujur dan berterus terang dalam perhubungan. - Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya - Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) - Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan. - Kurang beremosi terhadap pasangannya. - Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya. - Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12
Mac ------------ -
Mudah menawan hati pasangannya. - Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya. - Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati - Sangat baik dalam menjaga perhubungan - Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai. - Persaan cemburu yang minima. - Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya. - Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras. - Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan. - Suka menuduh melulu tanpa usul periksa. - Berprasangka terhadap pasangan. - Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12. - Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.
April ------------------------ -
Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan. - Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai. - sukar dan malu dalam meluahkan isi hati. - Sentiasa ingin diberi perhatian. - Amat cemburu dalam perhubungan. - Kesetiaan teguh terhadap pasangannya. - Emosi cepat terusik dan mudah terluka. - Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk. - Romantik dan terlalu romantik - Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai. - Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan. - Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap 'hamba cinta'seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha . - Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4,7,11,2 - Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.(Patutle Org Hindustan jiwang giler!!!).
Mei -------------------------- -
Amat mudah jatuh cinta. - Baik dan jujur dalam perhubungan. - Pandai menarik hati pasangan. - Perasaan cinta yang mendalam. - Mudah untuk di pujuk. - Kurang suka untuk sentiasa bersama. - Mudah menerima cinta seseorang. - Pilihan yang tepat dalam berpasangan. - Nekad untuk menjaga hubungan yang baik. - Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) - Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan. - Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan. - Ambil berat dalam menjaga hubungan. - Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6,9,10,11.
Jun ------------------------- -
Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan. - Sukar melukai dan memahami hati pasangan. - Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih. - Cerewet dalam hubungan. - Selalu beremosi. - Mudah merajuk dan mudah di pujuk. - Cepat rasa bosan dalam percintaan. - Kurang yakin dalam perhubungan. - Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang. - Elok untuk menjadi Ibu yang baik. - Dahagakan pujian dari pasangan. - Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.
Julai -------------------------- -
Amat suka didampingi pasangan. - Sukar dimengerti oleh pasangan. - Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan. - Amat mudah dipujuk dan berterus terang. - Amat menghargai kesetiaan pasangan. - Mengambil berat dan mengasihi pasangan - Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai, - Mudah terluka dan lambat untuk pulih. - Suka merajuk dan dipujuk. - Setia terhadap pasangan. - Suka mendengar dan tidak suka membantah. - Cemburu terhadap pasangan. - Suka menilai dan menjaga perhubungan. - Pasangan Ideal : Lahir bulan 4,6,7
Ogos ------------------------ -
Tidak serius dalam perhubungan - Mengambil mudah dalam perhubungan - Kesetiaan di ragui. - Pandai memujuk pasangan - Suka memimpin pasangan. - Romantik, Pengasih dan Penyayang. - Kelam kabut dalam perhubungan. - Sering bertukar pasangan - Sukar mencari pilihan yang tepat - Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima. - Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan. - Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,6,10,12 - Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.
September ------------------- -
Bersopan dalam hubungan - bertolak ansur terhadap pasangan - Suka mengkritik pasangan - Sangat prihatin terhadap pasangan - Sangat sensitif dan emosi - Pandai memahami pasangan - Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan - Amat memilih pasangan - Sukar melupakan sekiranya hati terluka. - Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan. - Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3,6,8,11
Oktober ------------------------ -
Amat suka berkomunikasi dengan pasangan. - Suka disayangi dan menyayangi pasangan. - Sopan terhadap pasangan. - Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan. - Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya. - Sukar menerima pandangan pasangan. - Emosi yang mudah terusik. - Pengasih, Penyayang terhadap pasangan. - Cemburu dan terlalu cemburu. - Romantik - Memahami pasangan. - Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12. - Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.
November ------------------ -
Banyak helah dalam menghadapi pasangan. - Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan. - Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa. - Degil dan engkar dengan pasangan. - Tidak suka dikongkong oleh pasangan. - Mudah ambil berat terhadap pasangan. - Tidak menghargai perhubungan. - Sambil lewa dalam perhubungan. - Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung. - Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan. - Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan. - Kurang bersama dengan pasangan. - Pasangan Ideal: 4,7
Disember ----------------- -
Pemurah terhadap perhubungan - Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama. - Tergesa-gesa dalam perhubungan - Suka didampingi oleh pasangan. - Benci dikongkong. - Berbakat untuk kahwin lebih dari satu. (Utk Lelaki) - Suka mempengaruhi pasangan - Curang dalam percintaan. - Kurang berkerjasama dengan pasangan. - Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru - Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan. - Pasangan Ideal: Lahir bulan 3,9,11,12. "
Kajian ini telah dilakukan oleh beberapa pakar kaji selidik dari Mentality Research of Institute. Semoga anda dapat memilih pasangan yang betul-betul sesuai dengan anda. Selain itu harap anda dapat memahami dengan lebih terperinci ciri pasangan anda. Semoga berbahagia..."

bertolak ansurlah dalam pergaulan

tak kirala dunia pekerjaan mana pun yg kita terlibat..tapi yg pasti..kat mana2 pun akan terjadi..bak kata mama..sabar nak..kita buat baik je ngn smua org..jgn ada hasad dengki n bls dendam..betul gak tu;;


petikan dari;

Bertolak Ansur Dalam Pergaulan
Bertolak ansurlah di dalam pergaulan
ia adalah disenangi oleh manusia
Berlapang dadalah dengan perangai manusia
agar boleh hidup bersama

Bersimpatilah dengan orang yang susah
tanda hati mulia
Bergembiralah dengan kesenangan orang,
susah hatilah dengan kesusahan orang
agar penyakit hasad dengki hilang

Ringan tanganlah menolong orang,
agar kita disenangi orang
Senyum dan bermesralah di dalam pergaulan
itulah dia sedekah yang tidak meluakkan

Janganlah selalu mengadu tentang kesusahan,
maruah kita akan tercemar
Janganlah tuntut hutang orang kepada kita,
agar orang tidak risau dan tidak terganggu fikirannya
Janganlah suka berhutang
,fikiran kita tidak akan tenang

Elakkanlah selalu bergaul dengan wanita ajnabi
agar kita dihormati orang
Jagalah perkataan kita ketika bercakap
agar maruah orang tidak tercemar
dan maruah kita dapat dijaga
Kurangkan bergurau agar harga diri kita dipandang tinggi
dan orang hormat kepada kita

Janganlah ketawa terbahak-bahak hilang harga diri kita
Inilah di antara etika di dalam pergaulan bermasyarakat
Kenalah kita selalu menjaganya agar kita selalu dipandang mulia
Kalau setiap orang mengikut disiplin ini di dalam pergaulan
Kasih sayang sentiasa berbunga, hidup aman, damai dan harmoni

nukilan Sahibuzaman..


wallahualam

tak di nafikan..lelaki pun ada perasaan

  • BUKAN hanya wanita makhluk yang kompleks dan sukar difahami, begitu juga lelaki kerana sifatnya yang sukar ditelah. Biarpun lelaki menyatakan yang mereka tidak demikian, hakikatnya kebanyakan mereka amat sukar difahami.
  • Berbeza dengan sifat wanita yang mudah menyatakan sesuatu yang dirasai atau apa disukai, sifat lelaki semakin sukar difahami jika orang yang paling hampir dengannya tidak cuba memahami biologi dan sikap sebenar mereka.

  • Bagi memahami golongan Adam ini dengan lebih mendalam, cuba baca petua berikut untuk lebih memahami dan mengenali mereka.
  • baca jgn xbaca tau...

  • Sifat lelaki lebih mudah:
  • Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita.
  • Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham tetapi mereka lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah serta berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
  • Bahasa lelaki adalah berlainan
  • Lelaki bercakap dengan bahasa berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Daripada kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkannya.
  • Ini bukan bererti dia berbohong namun lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki daripada apa yang dilakukannya berbanding daripada apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
  • Lelaki suka membisu
  • Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikannya serta membisu.
  • Lelaki tidak kompleks
    Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jimak secara kerap dengannya, wanita harus percaya itulah yang lelaki mahukan.
  • Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
  • Lelaki berahsia dengan lelaki lain
    Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah bercakap dengan wanita lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia serta peribadi, sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.
  • Lelaki pentingkan kejujuran
    Jika lelaki tahu isterinya suka bercerita pada wanita lain mengenai dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia rumah tangga.
  • Lelaki tidak suka dikritik
    Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.
    Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrontasi serta-merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara itu disampaikan kepadanya.
    Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan mereka jarang melakukannya.
    Apabila lelaki mahu mengkritik, mereka memilih masa dan keadaan dengan teliti. Ketika menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.
  • Lelaki juga mahukan sokongan
    Ketika berdepan masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata “Saya cintakan abang…” dan “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang … .”
  • Sahabat yang paling baik
    Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.
  • Lelaki mesra tanpa emosi
    Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi serta mengasihi sebagai balasan. Kemesraan emosi dan bersatunya jiwa bukan hanya jasad tetapi cara lahirnya kasih sayang. Ia bukan satu proses saja tetapi membabitkan hal yang tidak terungkai dan agak magis.
  • Setiap manusia bergantung kepada kemesraan emosi untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Lelaki berbeza daripada wanita dari segi kebolehan lelaki untuk bermesra secara seksual tanpa kemesraan emosi.
  • Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki.
    Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita.
    Lelaki lazimnya lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri.
    Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan intim tetapi tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan oleh lelaki sehingga boleh menyebabkan punca konflik semula jadi antara lelaki dan wanita.

wanita sukar difahami..betul tak?

Pada setiap masa kita berhadapan dengan insan yang dipanggil perempuan.
Sama ada lelaki itu seorang suami, pengurus, pekerja maupun pesara, selagi dipanggil lelaki, maka di situ ada perempuan bersama.
Walaupun lelaki sentiasa hampir dengan perempuan, namun perempuan memang tetap sukar difahami!
Banyak sebabnya kenapa sukarnya memahami perempuan.
Salah satu puncanya ialah,
  • perempuan tidak berterus terang kepada lelaki apa yang dikehendaki oleh mereka.Ada 1001 kehendak perempuan. Lelaki mesti berusaha memahami segala kehendak itu. Di sinilah seringkali berlaku perselisihan. Lain yang dikehendaki, lain pula yang diberi.Saya fikir ada beberapa perkara penting yang sangat diharapkan oleh perempuan. (apa yang sempat saya fikirkan):Lelaki mesti faham bahawa:Perempuan amat mementingkan kasih sayang. Bagi mereka, ia suatu realiti kehidupan yang tiada noktahnya. Perempuan meletakkan kasih sayang sebagai bukti kebahagiaan hidupnya.
  • Perempuan akan menganggap lelaki tidak menyintai mereka jika lelaki tidak memberi tumpuan sepenuhnya.
  • Perempuan menganggap cinta itu sebagai satu tanggungjawab dan berusaha melaksanakannya sebaik mungkin. Mereka menjadi “pengawal” cinta.Lelaki mesti faham bahawa :Perempuan adalah ‘perekacipta’ yang suka memperlihatkan keindahan, kemeriahan, merencana, mengeratkan hubungan dan kasih sayang. Ada rasa nikmat dan kepuasan jika ini dapat ditunaikan. Mereka yakin akan potensi diri untuk menjdikan sesuatu lebih baik dan mengharapkan potensi itu sentiasa berkembang mekar.
  • Lelaki mesti fahan bahawa:Perempuan amat mementingkan masa. Masa bersama pasangan menjadi amat penting bukan kerana ingin mengawal tetapi kerana ingin membantu. Apabila lelaki lupa akan masa dan tarikh tertentu yang istemewa, perempuan akan menganggap lelaki tidak peka, tidak prihatin dan tidak mahu menyemarakkan kasih sayang. Setiap hari perempuan mengharapkan lelaki membuktikan kasih sayang kepada mereka.
  • Lelaki mesti faham bahawa:Perempuan ingin merasa selamat. Mereka inginkan rasa tenang dan yakin dalam hubungan dengan lelaki. Untuk rasa selamat, perempuan sentiasa mengharapkan kasih dan sayang kepada dirinya semakin bertambah. Rasa tidak selamat akan pulih dengan cepat jika lelaki sentiasa memberi jaminan akan rasa cinta dan keprihatinan.
  • Jika perempuan memperlihatkan sikap dingin atau marah, jangan mudah membuat andaian tentang perasaannya itu. Mungkin dia hanya rasa bimbang.
  • Lelaki mesti faham bahawa:Perempuan mahu dirinya dihargai. Mereka mahu membuktikan kemampuan menjadikan lelaki lebih bahagia. Mereka mahu lelaki menunjukkan penghargaan melalui tingkahlaku dan ucapan. Mereka merasa lebih dihargai jika lelaki menunjukan bahawa dirinya adalah keutamaan dan menghargai kebahagiaannya. Lebih bahagia apabila lelaki menunjukkan bahawa diri mereka (perempuan) amat diperlukan. Perempuan akan merasa tidak dihargai jika lelaki tidak meminta bantuannya jika menghadapi masalah.Banyak lagi yang perlu difahami oleh lelaki. 1001 macam perkara lagi… Tidak mampu difahami semua…
  • Namun,Ramai lelaki yang percaya bahawa:
  • Perempuan tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada.
  • Perempuan mempunyai selera dan citarasa yang amat tinggi.
  • Perempuan sentiasa mahu mengawal lelaki.
  • Perempuan sangat cemburu.
  • Perempuan terlalu emosional.
  • Perempuan yang berdikari dan kompetent tidak perlu dibantu.
  • Perempuan merampas kebebasan lelaki.
  • Lelaki, kepercayaan-kepercayaan ini perlu ‘dinilai semula’ kerana semuanya itu amat tidak disenangi oleh perempuan!
  • “Allah menjadikan makhluk berpasang-pasangan…”

p/s: susah sangat ke?hmmm..mungkin...

kecewa kah aku?oh tidak..bangkit lah semula..

kau
hadirlah
sedikit waktu yang kau miliki
luangkanlah untukku
harap secepatnya datangi aku
sekali ini ku mohon padamu
ada yang ingin ku sampaikan
sempatkanlah

hampa, kesal, dan amarah
seluruhnya ada di benakku
andai seketika hati yang tak berbalas
oleh cintamu
ku ingin benar melampiaskan
tapi ku hanyalah sendiri di sini
ingin ku tunjukkan pada siapa saja
yang ada bahwa hatiku kecewa
seperti menunggumu di sini
seperti seharian
berkali ku lihat jam di tangan
demi membunuh waktu
tak kulihat tanda kehadiranmu
yang semakin meyakiniku
kau tak datang
terkadang terfikir di benak fikiranku...kenapa ku bersikap begitu terhadap dirimu..terkadang ku hairan..kenapa..maafkan aku..kerana menyeksa hatimu..walaupun tak da niat ku untuk menyakiti hatimu...jika ini jalan yang kau pilih..pergilah kasih..doa ku yg terbaik untukmu..
jika satu ketika nanti kau ingin kembali pdku..kembalilah..hadirlah..tapi..aku xmenjaminkan apa2 lagi untuk mu..
mohon maaf dariku atas segala silap dan salahku..jika ini yg terbaik untuk mu..aku berundur diri..dan tanpa jemu menanti dirimu..
aku xmahu lg menyiksa hati dan perasaanmu...ku tahu kau tersiksa..prcayalh bukan niatku..fikirkan lah yg terbaik untuk hidupmu...

minggu intersesi dah bermula

rezeki jgn di tolak tanggungjawab wajib di pikul...


tu mama ckp...sorang ibu yg berpesan kepada anak bongsu nya,...


mama...selamat hari guru ma..


intersesi...

ajar pe lagi...pemasaran di peringkat dunia..boleh?


layan je zaz....

kali ini konsep pengajaran ku dah berbeza..cayalah...


tidak seperti dulu lg..skema je...yap..pengalaman mengajar erti pembaharuan...im stil baby in this industry..no matter what..you must change...dun give up...


dan yg penting tanggungjwb pd anak bangsa..


dah bertekad...kepada kwn2 semua..tunggu 1 kejutan yg akan ku lakukan...


terima kasih kepada semua kawan2 yg sentiasa menyokong pejuangan ku...nantikannya...


dah malas nak tangguh2..usia pun dah lanjut...demi masa dpn n pluang yg ada..akan ku sahut...tunggu..

Wednesday, May 6, 2009

momot..momot...tlg tanda paper

Tersebut Alkisahnya si MOMOT yg comey...

MoMoT...nama sebenar..dah lama lahir...tapi hadir dlm hidupku yg kesunyian pd 26 April 2009 bersamaan hari ahad...tq MoMoT sbg pengganti dirimu...TQ so much

MoMot hadir tanpa di duga oleh diriku...

dia hadir bagaikan penawar n pengubat rindu...sape sangka...skg diriku dh punyai teman tapi sekadar mesra sahaja...MoMoT xla smpai ke tahap dpt tambt hatiku..krn diriku telah dimiliki...chewah...jiwang dak peah ni....


MoMoT...semalam tgh bz marking paper dak PD...MoMoT sentiasa menemani diriku...dia sgt setia tanpa jemu...dia jemu o tak tu xla peah tau....tapi yg pasti itu yg peah harpkan dari dirimu moMoTku...


MoMoT2..kadang2 telatah mu membuat diriku bahagia...mcm c dia...kau hadir memng di beri untuk pengubat rindu ku pd mu....TQ..terharu rasanya bile dirimu sama mengingati diriku...


MoMoT...setia lah terus ngn diriku...supaya diri ini terus tabh mengharungi dugaan n rintangan...


MoMoT...layan kan aje karenah ku ini...


Tq..tq...terima kasih atas kasih syg n perhatian mu itu...


MoMoT...hari ni tlg peah marking lagi ye...


sayannnnnnnnnnnnnnngggggggggggg MoMoT...


pehg bukan mudah ni peah meluah kat cni...sayang awak gak....

motmot....tgu peah ye....