Pada setiap masa kita berhadapan dengan insan yang dipanggil perempuan.
Sama ada lelaki itu seorang suami, pengurus, pekerja maupun pesara, selagi dipanggil lelaki, maka di situ ada perempuan bersama.
Walaupun lelaki sentiasa hampir dengan perempuan, namun perempuan memang tetap sukar difahami!
Banyak sebabnya kenapa sukarnya memahami perempuan.
Salah satu puncanya ialah,
- perempuan tidak berterus terang kepada lelaki apa yang dikehendaki oleh mereka.Ada 1001 kehendak perempuan. Lelaki mesti berusaha memahami segala kehendak itu. Di sinilah seringkali berlaku perselisihan. Lain yang dikehendaki, lain pula yang diberi.Saya fikir ada beberapa perkara penting yang sangat diharapkan oleh perempuan. (apa yang sempat saya fikirkan):Lelaki mesti faham bahawa:Perempuan amat mementingkan kasih sayang. Bagi mereka, ia suatu realiti kehidupan yang tiada noktahnya. Perempuan meletakkan kasih sayang sebagai bukti kebahagiaan hidupnya.
- Perempuan akan menganggap lelaki tidak menyintai mereka jika lelaki tidak memberi tumpuan sepenuhnya.
- Perempuan menganggap cinta itu sebagai satu tanggungjawab dan berusaha melaksanakannya sebaik mungkin. Mereka menjadi “pengawal” cinta.Lelaki mesti faham bahawa :Perempuan adalah ‘perekacipta’ yang suka memperlihatkan keindahan, kemeriahan, merencana, mengeratkan hubungan dan kasih sayang. Ada rasa nikmat dan kepuasan jika ini dapat ditunaikan. Mereka yakin akan potensi diri untuk menjdikan sesuatu lebih baik dan mengharapkan potensi itu sentiasa berkembang mekar.
- Lelaki mesti fahan bahawa:Perempuan amat mementingkan masa. Masa bersama pasangan menjadi amat penting bukan kerana ingin mengawal tetapi kerana ingin membantu. Apabila lelaki lupa akan masa dan tarikh tertentu yang istemewa, perempuan akan menganggap lelaki tidak peka, tidak prihatin dan tidak mahu menyemarakkan kasih sayang. Setiap hari perempuan mengharapkan lelaki membuktikan kasih sayang kepada mereka.
- Lelaki mesti faham bahawa:Perempuan ingin merasa selamat. Mereka inginkan rasa tenang dan yakin dalam hubungan dengan lelaki. Untuk rasa selamat, perempuan sentiasa mengharapkan kasih dan sayang kepada dirinya semakin bertambah. Rasa tidak selamat akan pulih dengan cepat jika lelaki sentiasa memberi jaminan akan rasa cinta dan keprihatinan.
- Jika perempuan memperlihatkan sikap dingin atau marah, jangan mudah membuat andaian tentang perasaannya itu. Mungkin dia hanya rasa bimbang.
- Lelaki mesti faham bahawa:Perempuan mahu dirinya dihargai. Mereka mahu membuktikan kemampuan menjadikan lelaki lebih bahagia. Mereka mahu lelaki menunjukkan penghargaan melalui tingkahlaku dan ucapan. Mereka merasa lebih dihargai jika lelaki menunjukan bahawa dirinya adalah keutamaan dan menghargai kebahagiaannya. Lebih bahagia apabila lelaki menunjukkan bahawa diri mereka (perempuan) amat diperlukan. Perempuan akan merasa tidak dihargai jika lelaki tidak meminta bantuannya jika menghadapi masalah.Banyak lagi yang perlu difahami oleh lelaki. 1001 macam perkara lagi… Tidak mampu difahami semua…
- Namun,Ramai lelaki yang percaya bahawa:
- Perempuan tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada.
- Perempuan mempunyai selera dan citarasa yang amat tinggi.
- Perempuan sentiasa mahu mengawal lelaki.
- Perempuan sangat cemburu.
- Perempuan terlalu emosional.
- Perempuan yang berdikari dan kompetent tidak perlu dibantu.
- Perempuan merampas kebebasan lelaki.
- Lelaki, kepercayaan-kepercayaan ini perlu ‘dinilai semula’ kerana semuanya itu amat tidak disenangi oleh perempuan!
- “Allah menjadikan makhluk berpasang-pasangan…”
p/s: susah sangat ke?hmmm..mungkin...
No comments:
Post a Comment