Thursday, March 12, 2009

penting utk smua...

xpuas at kepada mereka yg merokok...bckp dr pengalaman betapa bahayanya merokok:::

1)MITOS DAN FAKTA-FAKTA BERKENAAN MEROKOK

Mengapa remaja merokok?
Mitos dan realiti / kenyataan tentang merokok?
Mengapa remaja merokok?

a) Terdapat banyak sebab remaja merokok dan ianya diklasifikasikan mengikut :

  • Peribadi :
    Ingin tahu atau ingin mencuba
    Ingin membuktikan dirinya sudah matang untuk merokok
    Merasa rendah diri
    Mempercayai mitos merokok
    Memberontak
  • Sosial :
    Tekanan rakan sebaya
    Dicabar oleh kawan-kawan supaya merokok
    Mencontohi ibu bapa /penjaga atau saudara mara yang merokok
    Mencontohi idola popular yang juga perokok
  • Persekitaran :
    Pengaruh media (contoh : iklan)
    Mudah diperolehi
    Boleh dibeli

b) Mitos dan kebenaran mengenai merokok

Mitos: Merokok tidaklah membahayakan seperti mana yang didakwa sesetengah orang
Kebenaran: Kebanyakan pakar kesihatan bersetuju bahawa merokok adalah salah satu penyebab kematian dan ketidakupayaan yang serius di Malaysia.

Mitos: Berhenti merokok adalah mudah
Kebenaran: Ramai yang gagal untuk berhenti merokok walaupun setengah dari perokok telah cuba berhenti sekurang-kurangnya sekali.

AKIBAT MEROKOK

  • Bagaimana merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda?
    Mempunyai kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang
    Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita
  • Apakah kesan-kesan jangka pendek?
  • Otak
    -Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya
  • Telinga
    -Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak
  • Mata
    -Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan
  • Mulut
    -Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak
    -Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
    -Gigi menjadi kuning
  • Hidung
    -Mengurangkan deria bau
  • Kulit
    - Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut
    Paru-paru
    -Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan
  • Apakah kesan-kesan jangka panjang?
    -Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
    -Penyakit Jantung
    -Angin Ahmar / Strok
    -Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
    -Penyakit mulut dan gusi
    -Ulser (perut, peptic)
    -Osteoporosis
    -Kemandulan (tidak boleh hamil)
    -Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
    -Mati pucuk
  • Selain membahayakan kesihatan diri, apakah keburukan merokok yang lain?
    -Merokok juga boleh mencemarkan persekitaran
    -Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes
    -Menyebabkan pencemaran udara
    -Perokok pasif (Menyedut/menghidu asap rokok dari orang lain yang merokok), juga boleh menyebabkan penyakit lelah di kalangan kanak-kanak
    -Menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran

JAUHI LAH ROKOK......BAHAYA TAU>>>>>>LAYAN JE XBLE TAU>>>ZAZZZZ TINGGALKAN XPE>>>>

No comments: